Powered By Blogger

Thursday, December 9, 2010

pesanan dari tokoh

Belajar melalui mata


malam ni aku tak leh tido seperti malam2 biasa, dulu masa keja semi gomen memang kena tido awal ahaks!! maklumla kejar punch kad, sekarang aku kerja sama diri aku sendiri.. aku punya suka la nak bangun kul berapa heehehe best ooo keekekeke

malam ni aku nak share sesuatu yang maybe korang semua boleh praktikkan, simple je.. bagaimanan nak belajar menggunakan mata. heheheh.. ramai tertanya2 kut, apa benda la aku nak ceritakan ni kan.

btw aku ni jenis mata duitan la jugak wakakakak... yer ke? yer kot coz sometime aku dah macam polis kat fb ni duk pantau class orang buat supaya harga tu  takde la killing me n industry, but tu la kan.. apa hak aku nak halang sesiapa nak kasi harga murah, cuma aku bole kasi cadangan sahaja tuk meletakkan satu level yang bole kita bersaing cara sihat, tapi what to do.. aku hanya  mampu berharap dan aku tak bole paksa sesiapa tuk ikut cara dan harga aku. kalau derang dah happy.. ok enjoy n chill :)

bila cakap je tentang class atau belajar ada yang dah taruk persepsi , kalau kukubesi sure mahal... bila nak minta ajar sure suh masuk class, bukan nak kasi free atau tolong bangsa.. hehehehe sorry guys.. sebenarnya tanpa  korang sedar aku ada kasi class free, tapi aku je yang tak umumkan benda tu semua.. heeheheh.. banyak kali juga sebenarnya dan korang je yang tak perasan sebab mata korang tak haluan kiri... hahahaha kena kasi mata tu haluan kiri dulu baru bole nampak.. :)

ada lah beberapa budak yang tak pernah pun masuk class aku, tapi dengan melihat karya aku dan dengan mencuba serta menjadikan aku sebagai sumber inspirasi dia akhirnya dapat juga menghasilkan karya yang baik, tidak la sejibik sejibon macam aku punya, tapi ada lah yang bole aku kata" wow.. lawa".. dan mereka ni ( zaman aku main forum ) msg aku secara peribadi dan say thanks sebab banyak yang mereka pelajari daripada karya2 aku.. hmmm syukur sangat2 ada juga manusia yang pandai menggunakan mata yang di berikan olehNya untuk di gunakan sebaik mungkin... walaupun aku tak ajar dia tapi bila dia say thanks dan dapat daripada apa yang dia lihat.. aku sangat gembira, sekurangnya aku telah beramal kepada mereka yang BIJAK.

karya aku zaman awal2 dulu hantu nak layan DAVE HILL.. hambek kau.. sekarang tgk.. rasa buruk giler.. dulu rasa cun dah ni hahaha

sebab tu bila orang mintak aku ajar percuma, mintak aku diskaun aku mula rasa sedih dan kadang2 rasa panas je heheeh.. bukan apa beb.. aku masa mula2 dulu pun menceburi bidang fotografik aku tak belajar kat sesiapa, aku hanya ada knwledge grafik dan photoshop, kemudian aku xplore sendiri bagaimana nak hasilkan fotografik yang bagus.. kat malaysia?
SN tak ajar aku tapi aku belajar daripada dia melalui mata aku
 hmmm tak ramai masa tu kaki editing.. paling kuat pun Syahrin Aziz dengan tone hebatnya.. ( zaman tu chot pun tak lahir lagi.... wakakaakaka ).. lain2 hal aku belajar melihat dari pengkarya luar negara bagaimana mereka hasilkan editing yang bagus.

bila aku joinvanture dengan Saiful Nang, banyak juga aku belajar dari dia, dia tak ajar pun aku secara langsung, but mata aku masih berfungsi dan aku melihat apa yang dia buat dan lihat apa yang dia katakan dan aku buat kajian, bagaimana tentang diri dia bagaimana dia berjaya mendapat ramai high profile client wedding ( thanks SN :).. jgn mara arr.. aku memerhatikan lu ). pada aku itulah cara aku belajar dengan orang, belajar memperbaiki diri dan belajar meningkatkan mutu diri...

bila aku jadi official photographer untuk  event graffiti dunia minggu lalu, aku baru tahu bahawa kawan aku BOB ( tokey supersunday ) yang buat fulltime main graffiti tu pakai BMW...
Aku : eh keta sapa ni bob?

Bob : eh keta aku la..

Aku : erkk.. ko pakai BM?

Bob : ish dah lama la.. ko tak tau ke..

Aku : siallah ko..
( dalam hati aku kata, ko memang hebat bob, kalau tgk pada muka ko yang sepet macam cina bukit dan rambut sikat tepi dengan cermin mata berlubang tu takde sapa akan percaya dengan kerja buat graffiti dia bole pakai BMW.. umur belum 30 tu.. demm la mamat ni.. )


satu lagi pelajaran yang aku bole ambil dari BOB adalah minat, minat itu yang membuatkan kita happy dengan kerjaya kita dan niat untuk menaikkan taraf industri sendiri membuatkan BOB boley berjaya, harga dia? hahahaha boleh tahan.. dan dia dah buktikan bahawa kalau buat sesuatu kerja dengan minat mendalam dan tahu menghargainya, kita akan tahu meletakkan harga sesuai untuk diri kita, sebab tu BOB boleh pakai BMW.. ( aku masih tak puas hati, kereta idaman aku sejak dulu tu.. si jebon ni dah pakai dulu )

hahaha aku benci tgk muka ko masa ni Bob..

kalau korang nak pakai BMW sila lah buat muka aksi macam BOB ni.. sambil pakai baju panggilan pulau.. lahabau betoi wakakaak


oleh itu, banyak benda yang kita boleh pelajari dengan percuma sebenarnya kalau kita BIJAK aku tak perlu untuk takut apabila ramai yang mengusahakan training yang murah sebab Saiful Nang dan Bob telah banyak mengajar aku tentang hidup dan perniagaan, semuanya kerana mata dan aku selelu juga berpesan kepada mereka yang hadir ke  workshop aku " LEVI's golok banyak. RM10 je.. tapi kalau dah minat LEVI's original dan yang berkualiti RM3-4 ratus pun orang sanggup kumpul duit untuk mendapatkannya.. so pilih la ull nak jadi levis golok atau levis ori"

hmmmmmm makin hari makin aku belajar macam2, belajar kenal siapa kawan, belajar kenal siapa lawan , belajar kenal kehidupan dan belajar menghargai hidup yang di pinjamkan sementara untuk kita. cara aku beramal macam ni lah.. kalau korang nampak.. korang akan nampak, kalau korang tak nampak.. sorry la yerk tak dapek la den nak menolongnya.. keh keh keh

p/s "psd file workflow" adalah ilmu tahap tertinggi yang aku bongkarkan.. enjoy da show!!! gunalah mata sebaik mungkin dan nikmatilah keindahan di depan mata sebaik mungkin....

Assalamualaikum

***KB

No comments:

Post a Comment